Monday, 27 February 2017

Kisah Residensi Kerinchi: Bertuah kerana tidak termakan hasutan dan fitnah pembangkang

A collection of news articles about this incident that are not my own writings but added together tells the tale of how dangerous and selfish the Pakatan people are.

Hari ini, portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa selepas lebih 6 tahun, seramai 472 keluarga menarik nafas lega apabila kediaman usang yang dihuni mereka sejak 1971 bertukar wajah dengan apartmen moden “Residensi Kerinchi”.

“Kami sangat bimbang sekiranya projek pemaju terbengkalai, jika rumah tidak siap hancurlah harapan kami.”

Ia antara luahan penduduk Flat Empat Tingkat, Kampung Kerinchi ketika cadangan projek pembangunan semula atas tapak mereka seluas 2.8 hektar itu berada di kemuncak pada 2010.

Berbanding kediaman sebuah atau tiada bilik di Flat Empat Tingkat sebelum ini yang harganya RM50,000 sahaja, Residensi Kerinchi menampilkan 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi setiap unitnya yang berkeluasan 83.61 meter persegi bernilai antara RM350,000 dan RM400,000 seunit.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Residensi Kerinchi, Ahmad Rahman, penantian selama lebih 6 tahun itu berbaloi meskipun pelbagai dugaan yang dialami oleh para penduduk sejak projek pembangunan itu diumumkan.

“Keadaan kami sangat teruk ketika mendiami flat berkenaan, selain masalah kebersihan seperti tikus dan sampah-sarap, ia juga merupakan lubuk penagih dadah suatu ketika dahulu.

“Namun kini, dengan bantuan kerajaan pusat dan syarikat pemaju, hasrat kami untuk memiliki rumah selesa akhirnya tercapai,” katanya.

Warga emas Siti Rohani Idris, 67, berasa teruja dengan kediaman baharu yang jauh lebih baik daripada apa yang diimpikannya.

“Kami menerima kunci rumah baharu itu bulan lepas, apabila melangkah masuk sahaja ke Residensi Kerinchi, saya sekeluarga sangat gembira kerana kemudahannya seolah-olah kediaman kondominium mewah.

“Selain ada sekuriti dan padang mini permainan, mereka juga turut menyediakan kolam renang.

“Oleh kerana pihak pemaju tidak menggalakkan kami menyidai baju di ampaian, kami turut diberi sebuah mesin basuh 2 dalam 1 yang dilengkapi dengan fungsi pengering bagi setiap unit rumah,” katanya.

Katanya, pelan pembangunan pemaju mempunyai skim yang membantu mereka sebelum berpindah ke rumah baharu, antaranya elaun pindah keluar ke rumah transit di PPR Kerinchi sebanyak RM5,000 dan pindah masuk ke Residensi Kerinchi sebanyak RM8,000.

“Selain itu, pihak pemaju turut memberi bantuan kepada penduduk yang mempunyai anak-anak yang bakal masuk ke alam persekolahan dan mengangkut barang untuk berpindah hatta kenduri-kendara, sepanjang kami mendiami rumah transit selama 6 tahun,” katanya.

Pengarah syarikat pemaju Suez Domain Sdn Bhd, Datuk Yasran Hussain berkata, walaupun projek pembangunan ini mengalami sedikit kelewatan, namun penduduk berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh pihaknya.

“Sepatutnya kediaman ini siap pada Mac 2016. Jadi setiap keluarga dibayar RM1,250 sebulan untuk tempoh lapan bulan projek lewat. Kami tidak menukarkan nilai itu dengan hal lain, tetapi kami berikan secara tunai kepada mereka setiap bulan,” katanya.

Katanya, projek membangunkan Residensi Kerinchi begitu dekat dengan hatinya kerana ia bukan hanya sekadar mengaut keuntungan, malah turut menaik taraf kehidupan kaum Bumiputera di tengah-tengah kawasan elit itu.

“Ketika sesi penyerahan kunci pada Januari lalu, ramai warga emas yang menangis terharu melihat kediaman baharu mereka yang telah siap, dan turut mengenangkan ada dalam kalangan anggota keluarga yang tidak sempat merasai rumah baharu itu.

“Ada dalam kalangan mereka terlalu teruja sehingga mula berpindah dengan serta merta selepas mendapat kunci dengan menanggung kos pemindahan sendiri, meskipun kami telah menetapkan jadual pemindahan dan kos ditanggung secara percuma,” katanya.

Kerinchi Residensi, yang menempatkan 472 unit apartmen dibangunkan di kawasan lebih 2.8 hektar di atas tapak bekas kawasan rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi.

Projek bernilai kira-kira RM600 juta itu yang setiap satunya berkeluasan 83.61 meter persegi, bernilai antara RM350,000 dan RM400,000 seunit. Ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Sementara portal MSTAR pula melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyelar Ahli Parlimen PKR-Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana lebih mengutamakan politik berbanding kepentingan rakyat berhubung projek Residensi Kerinchi di sini.

Beliau sering mengingatkan pemimpin Barisan Nasional bahawa rakyat perlu diutamakan dan projek berkenaan benar-benar memenuhi kehendak dan kepentingan rakyat.

"Saya cukup musykil dengan ahli parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah) yang cuba gagalkan projek ini dan bawa ke mahkamah sebab dia utamakan politik, tetapi akhirnya gagal.

Dilaporkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menjejaskan usaha pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi sehingga projek itu tertangguh dua tahun.

Mengimbas kembali ke insiden 4 April 2012, tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba mengganggu rundingan secara aman 34 penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mengosongkan rumah masing-masing untuk pembangunan kawasan itu menyebabkan sebahagian penduduk marah dan mengejar serta memaki-hamun kumpulan terbabit.


Kejadian berlaku jam 10.30 pagi itu, selepas sebahagian daripada 433 penduduk yang bersetuju mengosongkan rumah mereka mula berang dipercayai kerana kumpulan terbabit cuba menghasut segelintir penduduk lain supaya tidak berpindah.

Kumpulan ini diketuai oleh penghasut-penghasut yang amat rapat dengan Pakatan terutama Parti PKR iaitu Adam Adli dan Safwan Anang.

Jikalau penghuni-penghuni flat itu termakan dengan hasutan pembangkang pada tahun 2012, tentulah mereka tidak dapat merasa kebanggaan, keselesaan dan keuntungan yang dinikmati hari ini.

"Yang jadi mangsa adalah 35 orang yang terikut dengan hasutan dan mereka sekarang menyesal," katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan semua pihak khususnya rakyat supaya tidak termakan dengan hasutan daripada pihak tertentu.

"Kita kena nilai sama ada ia baik atau buruk, memberi manfaat kepada kita atau tidak.

"Ini bukan soal politik tetapi kepentingan dan kebajikan rakyat," katanya.

1 comment:

  1. LSS, Im from Bangsar and I can tell u theres no depths to how low this b*tch can go. GE13 she poker-faced lied and slandered Nong Chik which caused him the win (it was predicted he will win with razor thin margins). And when brought to court, all she was made to do was just apologized. But us living here have to suffer her for the rest of the term.

    Heck, even Mother Teresa visited Malaysia more often than NI came here. I dun think she even knows any landmarks past Midvalley and the masjid.

    We need to kick her out, pronto.

    ReplyDelete