Total Pageviews

Thursday, 24 November 2016

Kenapa tiba-tiba pembangkang diam mengenai kroni IPP dan isu kehilangan beratus bilion?

Allahyarham Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan, beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah kerana keengganannya untuk 'mengikut telunjuk' Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu masih lagi Perdana Menteri bagi memeterai perjanjian berat sebelah dengan pengendali Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Melalui satu wawancara sebelum pemergian beliau ke Rahmatullah pada 2014, Tan Sri Ani Arope berkata:
    Pada masa itu, TNB menjana elektrik pada harga 8 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), kata Ani. Mengambil kira kos pengagihan dan penyaluran, iaitu masing-masing kira-kira 6 sen dan 3 sen pada masa itu, penyedia tenaga boleh mengagihkan elektrik kepada pengguna pada harga 17 sen bagi setiap kWh. 
    Bagi membolehkan IPP memasuki pasaran, aras harga bagi penjanaan elektrik adalah pada harga 12 sen bagi setiap kWh, kata Ani kepada Kinibiz, di mana kedua-dua pihak iaitu TNB dan IPP boleh mengadakan rundingan. 
    Namun Unit Perancang Ekonomi (di bawah Jabatan Perdana Menteri dan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir), telah menetapkan sendiri harga adalah 16 sen bagi setiap kWh. Dan dengan klausa terima atau bayar, kos itu meningkat kepada 23 sen, dan saya kata kadar itu adalah mengarut. 
    Satu lagi klausa yang dianggap berat sebelah adalah harga kekal yang ditetapkan dalam perjanjian itu biarpun berlaku penurunan harga minyak di pasaran terbuka. 
    Perjanjian itu menetapkan IPP akan dibayar satu harga tetap bagi kapasiti elektrik yang dibekalkan. 
    Biarpun kita tidak menggunakan bekalan yang disalurkan, TNB perlu menerimanya atau membayarnya. Malah pada masa itu, kita mempunyai lebihan elektrik yang tidak digunakan. 
    Menganggapnya sebagai perjanjian yang mengarut, Ani enggan menandatangani perjanjian itu dan meletak jawatan. 
    Terlalu banyak klausa yang menjejaskan TNB yang saya tidak persetujui. Jika saya menandatanganinya, orang akan anggap saya juga 'sapu' atau terima bahagian saya.
Pemimpin Pakatan sebelum ini menggunakan isu ini bertahun lamanya dengan mengatakan negara ini kerugian berpuluh bilion Ringgit setiap tahun dan mendakwa pemilik IPP ini juga rakan rapat kepada Dr Mahathir atau kroni beliau.

Berikut adalah salah satu contoh:

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng desak Perdana Menteri jawab skandal subsidi gas yang didedahkan oleh bekas CEO TNB Tan Sri Ani Arope.

Dan yang ini "Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir"

    Pernahkah anda terfikir mengapa Pakatan tidak lagi bising mengenai kroni IPP? Mereka kerap membesar-besarkan isu itu sebelum ini tetapi kini tidak lagi. Mengapa?

    Jawapan paling mudah untuk persoalan itu ialah, Datuk Seri Najib berjaya menyelesaikan kemelut yang dicetuskan Dr Mahathir. Pada 2012 sebenarnya.

    Pada masa lalu, Pakatan Rakyat yang sudah berkubur berkata negara akan menjimatkan RM3.47 bilion bagi pembayaran TNB kepada IPP jika gabungan pembangkang berjaya merampas Putrajaya pada Pilihanraya ke-13 (PRU13) dengan mengurangkan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) untuk IPP daripada 19 peratus kepada 10 peratus.

    Berikut video kenyataan mereka.


    Masalah perjanjian berat sebelah IPP ini kepada kroni menjadi beban kepada Malaysia bertahun lamanya di mana beratus bilion Ringgit wang rakyat dan Petronas dibayar kepada kroni yang menjadi pemilik IPP.

    Tetapi pada tahun 2012, kerajaan memulakan tender terbuka IPP pertama dan dengan 1MDB menawarakan harga paling rendah bagi pembaharuan atau penjana tenaga baharu, ia memaksa pembida lain untuk merendahkan harga mereka secara dramatik. Ia membuktikan kerajaan berjaya melakukannya berbanding janji pemimpin pembangkang.


    Maybank mengumumkan era keuntungan berat sebelah bagi IPP sudah berakhir dan IRR bagi IPP kini adalah antara 5 hingga 6 peratus, lebih rendah daripada 19 peratus sebelum ini malah lebih rendah daripada apa yang dijanjikan pembangkang iaitu pada 10 peratus. Untuk itu, penjimatan TNB adalah lebih besar setiap tahun berbanding apa yang dijanjikan pembangkang.

    Satu tarif berbeza biarpun satu sen sahaja memberikan perbezaan yang amat ketara bagi perjanjian konsesi 20 tahun, contohnya perbezaan satu sen pada satu IPP akan mengurangkan kos elektrik kepada RM2.9 bilion.

    Jika kita melihat kepada carta di bawah, keuntungan TNB lebih baik, daripada kerugian kepada keuntungan dan kerajaan tidak lagi perlu membayar ganti rugi kepada TNB secara berkala, di mana pada 2012, kerajaan terpaksa membayar RM2.2 bilion.


    Memandangkan Khazanah, PNB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan lain-lain mempunyai saham dalam TNB, ia turut memberi kesan keuntungan untuk rakyat dan bukan lagi kroni yang memiliki IPP tersebut.

    Tetapi pemimpin Pakatan juga tidak menceritakan keseluruhannya. Mereka lupa berpuluh bilion Ringgit subsidi gas perlu diberikan Petronas kepada IPP terbabit bagi memastikan kadar kepada TNB rendah.

    Harga gas subsidi (RM/mmBTU) bagi penjanaan elektrik daripada Petronas meningkat daripada RM6.40 pada 2008 kepada RM18.20 pada 2016, tiga kali ganda kenaikan. Harga pada masa lalu adalah di atas RM40.


    Penjimatan ini daripada perjanjian yang lebih baik bagi IPP telah disalurkan kepada pengurangan subsidi gas dan meningkatkan pendapatan penjualan gas berjumlah berbilion Ringgit setiap tahun bagi Petronas tanpa sebarang kenaikan harga elektrik daripada 2011 hingga 2014, biarpun TNB memperoleh pendapatan yang lebih baik dan Petronas berjaya menjimatkan berbilion Ringgit setiap tahun.

    Berapa banyak Petronas rugi bagi subsidi kepada IPP melalui perjanjian berat sebelah ini pada masa lalu?

    Jawapan ini boleh diperolehi daripada laman 63 di Laporan Tahunan Petronas bagi 2015.


    Menjelang akhir tahun 2015, Petronas mengumumkan kerugian hingga RM155 bilion dalam pendapatan kepada sektor penjanaan tenaga berikutan subsidi gas yang terpaksa dipatuhi pada Mei 1997.

    Jumlah RM155 bilion itu sepatutnya boleh diperolehi Petronas dan kerajaan bagi program pembangunan bagi manfaat rakyat dan bukannya untuk Dr Mahathir memaksa Petronas untuk subsidi perjanjian berat sebelah dengan IPP milik kroninya.

    Melalui carta di atas, kita dapat lihat penyusutan bagi hasil yang hilang; bermakna pendapatan bagi Petronas meningkat sejak penstrukturan IPP tahun 2012.

    Tidak dapat dinafikan kewujudan 1MDB mengubah lanskap industri IPP dengan pembidaan yang agresif melalui tender terbuka pertama pada 2012 dan bidaan seterusnya di mana 1MDB adalah pembida paling rendah bagi setiap projek penjana tenaga yang diceburinya.

    Penjimatan ini yang sebelum ini terpaksa dibayar kepada IPP kemudiannya disalurkan kepada pendapatan lebih tinggi bagi Petronas, TNB dan kemudiannya kepada kerajaan dan rakyat dan bukan lagi kepada pemilik IPP yang tidak menguntungkan rakyat langsung.

    Dan ini adalah IPP yang sama dimiliki kroni melalui perjanjian berat sebelah dan subsidi gas yang tinggi dan terpaksa ditanggung Petronas.
    Tarif Talian Hayat bagi pengguna yang menggunakan hingga 200 kWh/sebulan melibatkan 70 peratus isirumah tidak berubah sejak 1997. Ia juga bebas dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

    Sebarang perubahan kepada bil elektrik anda adalah berikutan penggunaan lebih banyak tenaga daripada sebelum ini.

    Bermula dari tahun 2010, isirumah yang menggunakan elektrik di bawah RM20 tidak lagi membayar sesen pun. Faedah diberikan kerajaan ini masih lagi dikuatkuasakan.

    Maka, janganlah mendakwa 1MDB atau kerajaan tidak melakukan sebarang kebaikan kerana jika tidak berpuluh bilion Ringgit akan hanya memanfaatkan kroni yang menjadi pemilik IPP malah jika dihitung bagi tempoh 10 hingga 20 tahun, ia melibatkan ratusan bilion Ringgit.

    Ia kini dimanfaatkan untuk kerajaan dan rakyat.

    Suatu propaganda yang sering digunakan oleh pembangkang ialah yang dipaparkan di Option A (kiri) gambarajah dibawah di mana kononnya, sebelum 1MDB, ada beberapa IPP yang dimilik Malaysia tetapi selepas 1MDB ia dimilik negara Cina.


    Sebenarnya, propaganda pembangkang yang popular ini adalah salah. Sebelum 1MDB, IPP-IPP ini tidak pernah dimilik kerajaan tetapi milik kroni-kroni tertentu dengan perjanjian berat sebelah yang amat merugikan rakyat dan kerajaan.

    Selepas perjanjian-perjankian ini dibetulkan, barulah dibuat "tender terbuka" yang lebih telus dimana pembida dari negara Cina muncul sebagai pembida tertinggi.

    Yang mana lebih menguntungkan rakyat dan negara? Pilihan A atau  B?

    Pilihan A di kiri, di mana pemilik-pemilik IPP ini adalah kroni swasta dengan perjanjian yang berat sebelah dan amat merugikan rakyat dan negara berpuluh bilion Ringgit setiap tahun?

    Ataupun Pilihan B di sebelah kanan di mana perjanjiannya jauh lebih adil kepada rakyat dan negara tetapi pemiliknya ialah pelabur asing yang membawa dana asing masuk ke negara?

    Tentulah B pilihan kita. Yang sokong A itu mungkin penyokong tegar kroni atau membantah hanya kerana mahu membangkang.

    Ini adalah salah satu legasi Dr Mahathir yang diperbetulkan oleh kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib. Satu lagi ialah pengambilalihan 100 peratus Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) oleh kerajaan dan KWSP.

    Melalui pengambilalihan ini, pendapatan yang dijana daripada kutipan tol akan disalurkan kepada kerajaan (51 peratus) atau pemegang akaun KWSP (49 peratus) dan bukan lagi masuk ke poket kroni.

    Itu juga faktor mengapa tol Lebuhraya Utara Selatan tidak berubah bagi tempoh 11 tahun sejak 2005.

    Jika kerajaan hari ini tidak mengambilalih syarikat PLUS pada 2011 dan merunding semula perjanjian konsesi tol yang dilaksanakan ketika zaman Dr Mahathir, sudah tentu perjalanan anda dari Jalan Duta ke Ipoh akan dikenakan tol daripada RM26.50 hari ini kepada RM82.17 menjelang 2038.

    4 comments:

    1. Thank you for the BM version LSS. Now I can pass it to my friends who are not very fluent in English. Thanks. Great real facts.

      ReplyDelete
    2. ternyata dgn kenyataan ini Najib is the best PM. Najib tak pernah jual IPP pada mana mana negeri atau negara. Semua maju dan bahagia di bawah najib. malah matawang pun naik mendadak. jilake la tun m ni. kasihan najib terpaksa betul kan semua nya. hidup najib! malah tanpa najib , toll sekarang sudah tentu naik. dengan najib toll semakin turun, harga minyak semakin turun dan subsidi makin bagus.. ini semua hasil kepandaian najib betul kan kesalahan tun M.. hidup BN! hidup Najib.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Suatu propaganda yang sering digunakan oleh pembangkang ialah yang dipaparkan di Option A (kiri) gambarajah dibawah di mana kononnya, sebelum 1MDB, ada beberapa IPP yang dimilik Malaysia tetapi selepas 1MDB ia dimilik negara Cina.

        Sebenarnya, propaganda pembangkang yang popular ini adalah salah. Sebelum 1MDB, IPP-IPP ini bukan milik negara tetapi milik kroni-kroni tertentu dengan perjanjian berat sebelah yang amat merugikan rakyat dan kerajaan.

        Selepas perjanjian-perjankian ini dibetulkan, barulah dibuat "open tender" dimana pembida dari negara Cina muncul sebagai pembida tertinggi.

        Yang mana lebih menguntungkan rakyat dan negara? Option A atau Option B?

        Option A di kiri, di mana pemilik-pemilik IPPini adalah kroni swasta dengan perjanjian yang berat sebelah dan amat merugikan rakyat dan negara setiap tahun?

        Ataupun Option B di kanan di mana perjanjiannya jauh lebih adil kepada rakyat dan negara tetapi pemiliknya ialah pelabur asing yang membawa dana asing masuk ke negara?

        Tentulah Option B pilihan kita. Yang sokong option A itu mungkin penyokong tegar kroni.

        Delete