KLCC hancur diserang alien. Pakatan Harapan akan lawan alien demi"selamatkan Malaysia" |
Setiap pemimpin pembangkang dan blogger2 yang sewaktu dengan mereka sering keluarkan kenyataan-kenyataan begini. Malaysia dalam krisis ekonomi, bankrap, pengemis di negara sendiri, negara gagal dan sebagainya.
Propaganda-propaganda media sosial yang sama berbunyi dari entah siapa juga melambak dan viral.
Mahathir mudah lupa, Muhyiddin lupa mudah, Melayu mudah lupa dan rakyat Malaysia mudah lupa.
Mari kita menyelidik sepuluh petunjuk samada Malaysia dalam krisis atau tidak.
1. Indeks saham Bursa Malaysia.
Indeks saham ialah petunjuk yang baik bahawa Malaysia bukan dalam krisis. Kalau benar-benar krisis, indeks saham akan menjunam seperti di tahun 1998 zaman Mahathir dan Anwar bila indeks saham menjunam lebih dari 80% dalam masa yang singkat.
Kalau Malaysia dalam krisis, siapa lagi akan melabur dan membeli saham? Tentu kalau krisis, semua akan jual saham-saham yang dipegang dan belah.
Menarik pelaburan dan pinjaman dari Negara Cina untuk projek pembangunan bermanfaat di Malaysia berbandingkan permintaan secara terbuka untuk meminjam wang secara segera dari Singapura dan Jepun untuk mengatasi krisis ekonomi. Amat nyata perbezaannya.
Tidak lain dan tidak bukan, mereka yang akan "menyelamatkan Malaysia".
Matlamat mereka hanya satu sahaja. Menakutkan orang ramai dan merendahkan pencapaian ekonomi negara demi hasrat mereka untuk merebut kuasa kerajaan.
Itu sahaja.
Tetapi, permainan politik macam ini sangat berbahaya kerana akan menakutkan dan menurunkan keyakinan pengguna dan pelabur untuk terus memajukan negara. Kalau pengguna sering ditakutkan dengan propaganda tipu, mereka akan henti ataupun mengurangkan perbelanjaan. Bila perbelajaan turun, maka jualan kedai2 pun turun. Jualan kedai2 turun maksudnya mereka tidak akan melabur untuk membuka kedai yang baru ataupun akan mengurangkan pekerja dan menghapuskan peluang pekerjaan.
Jangan tertipu dengan para penjahat-penjahat yang busuk hati ini.
EDIT: Someone did a video summary of the above 10 points.
Sebaliknya, indeks saham hari ini masih lebih dua kali ganda dari indeks tahun 2009 bila Najib Razak mula mentadbir.
Kalau Malaysia dalam krisis, maksudnya jualan dan pendaftaran kereta baru akan menjunam - seperti pada tahun 1998 yang jatuh lebih dari 59% dalam jangka masa satu tahun.
2. Pendaftaran Kenderaan Baru.
Sebaliknya, penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh di paras yang tinggi berbanding tahun sebelumnya - walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara untuk mengurangkan pinjaman bank untuk pembeli kenderaan dan rumah.
3. Matawang Ringgit ke USD
Sebenarnya, Ringgit hanya jatuh 16% berbanding dengan kadar pada tahun 2009. Kadar FOREX sememangnya ada naik dan turun. Kenaikkan Ringgit tahun 2009 to 2013 kepada tahap setinggi USD1 = RM 2.93 ialah kerana faktor harga minyak dunia yang tinggi dan aliran wang asing masuk ke Malaysia kerana kemelut ekonomi Amerika Syarikat.
Pada tahun 2014 pula, harga minyak dunia mula turun dan aliran wang asing sudah mula mengalir balik kepada Amerika Syarikat kerana ekonomi mereka pulih.
Tetapi dalam tahun 1998, kejatuhan Ringgit sebanyak 45% berlaku pada masa yang sangat singkat - tanpa pengaruh faktor-faktor lain seperti harga komoditi dunia ataupun kemelut di ekonomi Amerika. Ini benar-benar krisis dan tidak sama dengan keadaan sekarang.
Ini ialah sebab Ringgit terpaksa ditambat ke paras USD1=RM3.80 pada masa itu.
Situasi sekarang tahun 2016 tidak memerlukan kerajaan tambat matawang kerana kestabilan matawang masih terkawal. Lebih-lebih lagi, matawang-matawang negara pelanggan dan yang besaing dengan Malaysia juga turun berbanding dengan USD.
Situasi sekarang tahun 2016 tidak memerlukan kerajaan tambat matawang kerana kestabilan matawang masih terkawal. Lebih-lebih lagi, matawang-matawang negara pelanggan dan yang besaing dengan Malaysia juga turun berbanding dengan USD.
Kalau setakat nak guna kadar matawang untuk menyerang Najib, perlulah ditanya mengapa Mahathir boleh tambatkan Ringgit dan Najib tak boleh pulak?
Tentu boleh jika sangat diperlukan tetapi Najib tidak akan gunakan jalan mudah dan penakut macam Mahathir.
4. Kadar Faedah Pinjaman Bank
Pada tahun 1998, kadar faedah pinjaman bank naik setinggi 13.5% kerana bank-bank Malaysia kekurangan wang dan keperluan Bank Negara pada masa itu untuk mempertahankan nilai Ringgit. Bila kadar pinjaman naik, pelabur asing akan tertarik untuk melabur di Malaysia untuk menikmati pulangan yang simpanan bank yang tinggi.
Kadar pinjaman yang tinggi pada masa itu menyeksa banyak peminjam individu mahupun korporat - mengakibatkan banyak yang muflis dan mengakibatkan ratusan projek-projek yang gagal.
Tahun 2016 pula, kadar pinjaman bank rendah pada tahap 4.5% - malah, sudah dua kali diturunkan tahun ini.
5. Projek-projek terbengkalai
Tahun 1998, banyak syarikat - besar mahupun kecil - yang gagal kerana terdesak kadar faedah pinjaman naik mendadak. Akibatnya, banyak projek-projek pembangunan sudah terbengkalai.
Ada yang masih dalam keadaan ini sampai hari ini - termasuk taman perumahan di Lembah Beringin, Selangor, projek Plaza Rakyat yang terkenal sebagai "kolam ikan dan jejentik" terbesar di Kuala Lumpur dan hotel 5 bintang Duta Grand Hyatt di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail.
Zaman Najib tahun 2015-2016, tiada sebarang projek-projek yang terbengkalai.
Sebaliknya, usaha untuk memulihkan projek Plaza Rakyat dan projek hotel Duta Grand Hyatt sudah bermula.
Kadar faedah pinjaman bank tahun 1998 telah menyebabkan banyak syarikat dan individu untuk tidak lagi mampu membayar pinjaman-pinjaman bank. Ini telah menyebabkan banyak pinjaman bank yang bermasalah dan menimbulkan kerugian kepada bank-bank di Malaysia.
Nisbah hutang yang tak dibayar (Non-performing loan ataupun NPL industri bank pada tahun 1998 naik sehingga 14.9%. Ini bermaksud, setiap RM100 yang dipinjam keluar oleh bank ada RM14.90 tidak dapat dibayar balik.
Tahun 2016 amat berbeza. Nisbah ini hanya tahap 1.6% - suatu kadar yang sangat selamat.
7. Prestasi bank-bank di Malaysia
Tahun 1998, banyak bank-bank yang terancam akibat hutang-hutang yang tidak dapat dikutip semula. Keadaan ini sudah tahap kritikal sehingga perlunya karajaan untuk menubuhkan DanaHarta dan DanaModal untuk menyelamatkan bank-bank dan syarikat-syarikat yang bankrap.
Tahun 2016 sangat berbeza. Nisbah hutang tak berbayar rendah dan keuntungan bank-bank Malaysia adalah baik dan meningkat. Tiada sebarang keperluan untuk dana-dana penyelamat seperti DanaHarta dan DanaModal.
8. Menarik pelaburan projek berbanding meminta pertolongan pinjaman cemas
Tak percaya Mahathir pernah menjatuhkan air muka beliau dan negara untuk meminta Singapura dan Jepun untuk bantuan kewangan cemas untuk menyelamatkan negara?
Boleh tengok video Mahathir sendiri mengakui ini kepada dunia di sini dan baca dari arkib perpustakaan Perdana di sini.
Boleh tengok video Mahathir sendiri mengakui ini kepada dunia di sini dan baca dari arkib perpustakaan Perdana di sini.
Inilah maksud negara dalam krisis. Bukan sekarang. Mahathir mudah lupa.
9. Pertumbuhan KDNK (GDP)
Takkan negatif dan positif tidak dapat dibezakan? Pertumbuhan ekonomi tahun 2015 dan 2016 masih kukuh - terutama kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran kita.
Takkan pihak pembangkang tak tahu ada "slow-down" ekonomi dunia sedang berlaku sekarang? Kalau pemimpin-pemimpin pembangkang erti baca Bahasa Inggeris, bolehlah baca berita-berita bulan November 2016 yang bertajuk 'Technical recession looms' for Singapore" ataupun "Australia’s Economy Posts Worst Decline Since 2008"
Berbanding negara-negara dunia termasuk negara jiran kita, ekonomi Malaysia masih baik lagi.
Walaupun ada kelembapan akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, namun pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 20 yang terbaik di dunia. Malah pada suku ketiga 2016, pertumbuhan KDNK sudah mula meningkat semula.
Takkan pihak pembangkang tak tahu ada "slow-down" ekonomi dunia sedang berlaku sekarang? Kalau pemimpin-pemimpin pembangkang erti baca Bahasa Inggeris, bolehlah baca berita-berita bulan November 2016 yang bertajuk 'Technical recession looms' for Singapore" ataupun "Australia’s Economy Posts Worst Decline Since 2008"
Walaupun ada kelembapan akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, namun pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 20 yang terbaik di dunia. Malah pada suku ketiga 2016, pertumbuhan KDNK sudah mula meningkat semula.
Pertumbuhan GDP Malaysia 2017 juga dijangka lebih baik berbanding 2016.
10. Nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun Debt-to-GDP ratio
Pada lima tahun pertama Mahathir memerintah, dia telah menaikkan nisbah ini dari 44% tahun 1981 sehingga 103.4% tahun 1986.
Jika kita tidak muflis ketika kadar 103.4% pada tahun 1985, bagaimana mungkin kita boleh menjadi bankrap pada kadar 53.4% sekarang?
Ada logik tak?
Malahan nisbah 53.4% ini adalah selamat. Boleh lihat disini siapakah negara-negara yang ada nisbah yang lebih tinggi dari kita.
Kalau Malaysia dianggap sudah bankrap pada nisbah 53.4%, maka 70 lagi negara lain yang juga sudah bankrap termasuk kebanyakkan negara-negara yang maju.
Hutang negara, walaupun nilai (bukan nisbah) meningkat, tidak sepatutnya dilihat secara mutlak - tetapi dibanding dengan kemampuan untuk membayar balik.
Takkan dikatakan kerani yang ada hutang RM10,000 kad kredit dikatakan 5 ganda lebih selamat dari seorang pengurus besar syarikat bersenarai yang ada hutang kad kredit sebanyak RM50,000?
KESIMPULAN
Jelas dari perbandingan diatas bahawa Dr. Mahathir, Kit Siang, Muhyiddin dan para pemimpin pembangkang amat mudah lupa. Senang-senang melaungkan "Krisis" walaupun jelas bukan krisis.
Ini semata-mata permainan politik mereka sahaja.
Takkan nak percaya mereka yang tentunya ad agenda peribadi dan tak percaya para analis-analis antarabangsa dan pakar ekonomik yang tiada kepentingan politik di Malaysia seperti dari IMF yang memberi pendapat mereka hari ini (Dec 14, 2016) juga:
Tetapi, iya. mengikut pembangkang, Malaysia perlu "diselamatkan". Dan siapa yang akan selamatkan Malaysia?Ini semata-mata permainan politik mereka sahaja.
Takkan nak percaya mereka yang tentunya ad agenda peribadi dan tak percaya para analis-analis antarabangsa dan pakar ekonomik yang tiada kepentingan politik di Malaysia seperti dari IMF yang memberi pendapat mereka hari ini (Dec 14, 2016) juga:
"The Malaysian economy continues to perform well, despite significant headwinds.
Malaysia’s diversified economy, along with exchange rate flexibility, has buffered the real economy from the commodity price shock, while deep financial markets have helped absorb global financial market volatility. Inflation has been subdued and the current account remains in surplus.
“Malaysia has made significant progress toward achieving high-income status. A range of structural reforms has been undertaken to boost longer-term economic growth. "Maksudnya, kerajaan sudah mengendali ekonomi dengan baik walaupun harga komoditi lemah. IMF juga puji kerajaan Malaysia membuat transformasi negara untuk kukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi jangkamasa panjang. IMF berpendapat bahawa prestasi kerajaan baik dan semakin maju untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.
Tidak lain dan tidak bukan, mereka yang akan "menyelamatkan Malaysia".
Matlamat mereka hanya satu sahaja. Menakutkan orang ramai dan merendahkan pencapaian ekonomi negara demi hasrat mereka untuk merebut kuasa kerajaan.
Itu sahaja.
Tetapi, permainan politik macam ini sangat berbahaya kerana akan menakutkan dan menurunkan keyakinan pengguna dan pelabur untuk terus memajukan negara. Kalau pengguna sering ditakutkan dengan propaganda tipu, mereka akan henti ataupun mengurangkan perbelanjaan. Bila perbelajaan turun, maka jualan kedai2 pun turun. Jualan kedai2 turun maksudnya mereka tidak akan melabur untuk membuka kedai yang baru ataupun akan mengurangkan pekerja dan menghapuskan peluang pekerjaan.
Jangan tertipu dengan para penjahat-penjahat yang busuk hati ini.
EDIT: Someone did a video summary of the above 10 points.
Tq... sgt bermanfaat.
ReplyDeleteTahun ini tempoh yang genting untuk ekonomi seluruh dunia. Sejarah akan mengenang kejayaan DS Najib mengemudi ekonomi Malaysia menghadapi pelbagai gelora dan rintangan.
ReplyDeleteNicely put together. Pakatun will have sleepless night looking at this.
ReplyDeleteJust probably one correction
Tetapi dalam tahun 2008, kejatuhan Ringgit sebanyak 45% berlaku pada masa yang sangat singkat - tanpa...
Probably it should be 1998
Yes. 1998 instead of 2008. Corrected. Thanks.
Deleteterbaik LSS. penjelesan berilmiah begini mampu memadamkan fitnah2 pembangkang yg hanya tahu mencari salah orang lain.
ReplyDeleteMaklumat yg sepatutnya semua tahu. Nk lebih menyakinkan lagi seeloknya disertakan rujukkan atau journal yg berkaitan.
ReplyDeleteTebaik lah..moga pemfitnah sedar..
ReplyDeleteKenapa tak krisis? Rakyat dah habis bayar pun. Nak banding dengan negara lain di Asia Tenggara pada masa yg sama? Nak main pilih pilih bayi pun pandai. Takpe. Asalkan kita banding pencapaian kita dengan prestasi yang paling teruk sebagai panduan, boleh terus bangga lah ya.
ReplyDelete50 tahun merdeka, negara jiran yg mundur pun dah mula ke hadapan, negara lain dalam masa 50 tahun + melaui perang dunia pula dah mencapai tahap dunia pertama, kita pula masih berbangga dengan bangla utk menjana ekonomi negara.
1990an tu world economy crisis
ReplyDeleteMmg Patut Smua Negara dlm crisis pun
Tpi Cara mahathir mengendalikan crisis tu bijak
Dipandang Tinggi di mata dunia
Malaysia Antara salah satu Negara yg tidak Pinjam dr world bank
Read up your own country history please
Time Najib tiada crisis seperti itu
Tpi Hutang making meningkat (mendadak)
U X bole bandingkan macam itu
Manya hang belajar tahun 1990an ialah world economy crisis? Hang dari dunia mana? 1997-1998 hanya economic crisis di beberapa negara je, itulah sebab di panggil Asian Economic Flu.
DeleteTahun 2008 itulah yang digelar GREAT GLOBAL RECESSION - terteruk sejak great depression tahun 1930an. Najiblah yang menguruskan ekonomi Malaysia pada masa ini dengan baik - sebab itu hutang kerajaan naik besar tahun itu disuntik kepada ekonomi Malaysia.
Ko lahir lepas tahun 1997 ke? Masa tu hanya negara-negara Asia saje yang hadapi krisis ekonomi. Masa tu okelah Tun menyekat RM dari jatuh lebih, tapi terlalu lama digunakan hingga semua perlaburan xde masuk sampai RM dilepaskan.
DeleteApakah ketahian ini. Lepas ni aku nak tulis blog tajuk yang sama bagi data lain sikit, bagi kesimpulan yang songsang. baik punya propaganda.
ReplyDeleteDi persilakan. Jangan cakap kosong je. Buat!
DeleteKepla hotak ko! Ko ingat data-data tersebut dibuat dari angin ke? Ini semua dari sumber-sumber terbuka, dan LSS hanya menganalisa dan kaji data semua tu!
Deletepembangkang..biase le..tak boleh terima kebaikan Najib walau sekelumit. semua disalahkan secara membabi buta.. ramai aku jumpa pembangkang mcm ni..menyusahkan betol la.. tu la.. circle negatif.. otak mulut hati pun negatif. gelap tak nampak kebaikan org!..
DeleteBuat lah 1 blog bro aku nak tengok. jgn sembang je sampai babi pun boleh terbang..
Deletegood LSS, orang yg tak guna akal saja yg tak boleh terima, LSS cabar siapa yg boleh argue dia punya point, silakan
ReplyDeleteCuba buat comparison keadaan sekarang dgn trend & keadaan 'sejurus sebelum' kita menghadapi krisis suatu ketika dulu.
ReplyDeleteYou are right LSS. Your argument is based on hard statistics. Not air liur aja.
ReplyDeleteTerbaik penjelasan
ReplyDeleteDuit rakyat hilang berbilion2 kau kata tak krisis? Tunggulah sampai habis semua harta Negara tergadai baru nak jadi krisis ya?
ReplyDelete